Jangan anggap cerai itu mudah...
Jangan anggap cerai itu pemudah cara...
Jangan anggap cerai itu penentu menang kalah...
Jangan cepat melatah...
Takut-takut yang menanti musibah...
Silap-silap yang menunggu masalah...
Bukankah cerai itu perkara harus yang paling dibenci Allah...
usah bicara pasal cerai jika tak tahu apa itu nafkah anak dan nafkah eddah...
apa itu harta sepencarian dan mutaah...
apa itu hak lawatan dan hadhanah...
Tenangkan hati dan bersabarlah...
kemudian buat istikharah...
Bila hati dah pasti, maka pilihlah...
Khamis, 11 Oktober 2018
Jumaat, 21 September 2018
Apa itu kes mal dan kes jenayah
Di Mahkamah Syariah ada dua jenis kes iaitu kes Mal dan kes Jenayah.
1. Kes Mal
Kes Mal ialah jenis kes di mana sesuatu pihak menuntut sesuatu hak daripada pihak lain atau sesuatu pihak memohon sesuatu perintah daripada Mahkamah. Biasanya kes Mal dimulakan dengan pihak yang menuntut (dipanggil Plaintif/Pemohon) memulakan kes dengan mendaftarkan borang tertentu di Mahkamah. Dalam istilah undang-undang borang tersebut di sebut "Saman dan Penyata Tuntutan" atau "Permohonan dan Afidavit Sokongan". Contoh jika satu pihak ingin menuntut harta sepencarian, pihak tersebut perlulah mendaftar melalui Saman dan Penyata Tuntutan. Kes ini akan disebut sebagai kes Mal.
2. Kes Jenayah
Kes Jenayah ialah jenis kes di mana pihak yang mendakwa iaitu Pendakwa Syarie akan menuduh seseorang yang melakukan jenayah atau kesalahan syariah untuk dihakimi dan dihukum oleh Hakim Syarie jika didapati bersalah. Contoh jika seseorang ditangkap melakukan perjudian, ia akan dituduh di Mahkamah Syariah dan ianya disebut kes Jenayah.
Rabu, 15 Ogos 2018
Peringkat Mahkamah Syariah
Kadang-kadang bila datang Mahkamah, kita tengok Mahkamah ni bertingkat-tingkat tapi tak ambil cakna pun apa sebabnya. Post kali ini, saya kongsikan peringkat-peringkat Mahkamah Syariah. Biasanya peringkat paling rendah duk tingkat bawah dan paling tinggi duk tingkat paling atas.
Mahkamah Syariah mempunyai 3 peringkat Mahkamah iaitu:
- Mahkamah Rayuan Syariah (MRyS)
- Mahkamah Tinggi Syariah (MTS)
- Mahkamah Rendah Syariah (MRS)
Setiap peringkat ni ada bidangkuasanya masing-masing sebagaimana termaktub dalam undang-undang.
Namun biasanya kes yang mudah-mudah dimulakan di Mahkamah Rendah Syariah dan hanya kes-kes yang besar serta berat dimulakan di Mahkamah Tinggi Syariah bergantung kepada tahap kesukaran kes tersebut. So, makin tinggi mahkamah, makin berat dan susah la kesnya..
Pendek kata kalo nak senang faham macam peringkat sekolah. Ada tadika, ada sekolah rendah dan sekolah menengah. Biasanya kene mula dari tadika dulu namun dalam satu-satu keadaan bila tahap kecerdikan budak tu ala-ala Albert Enstein, boleh la terus masuk sekolah rendah, takyah masuk tadika. Lebih kurang camtu la dia punya metafora...boleh gitu..
Satu lagi, bila kes mula di Mahkamah Rendah Syariah, bila kalah boleh buat rayuan kat Mahkamah Tinggi Syariah. Kemudian kat Mahkamah Tinggi Syariah pun kalah jugak, boleh merayu ke Mahkamah Rayuan Syariah pulak. Kat situ ada dua kali rayuan dibenarkan.
Tapi kalo kes mula di Mahkamah Tinggi Syariah, kalo kalah boleh merayu sekali ajer ke Mahkamah Rayuan Syariah.
Selasa, 14 Ogos 2018
Kesalahan atau Jenayah Syariah berkaitan LGBT
Apabila sebut pasal
kesalahan syariah atau jenayah syariah, undang-undang utama yang
digunapakai (bagi Melaka) ialah Enakmen Kesalahan Syariah Negeri
Melaka 1991.
Dalam undang-undang tu
sebut jenis kesalahan-kesalahan syariah yang boleh dipertuduh di
Mahkamah.
Contoh seksyen 81 sebut
mana-mana orang Islam yang berjudi boleh dikenakan denda maksimum
RM1,000 atau penjara tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya sekali.
Memandangkan isu LGBT
yang sedang hangat sekarang, admin cuba senaraikan beberapa seksyen
di bawah undang-undang syariah Melaka yang ada kaitan dengan LGBT.
1. Seksyen 56 –
liwat
“Mana-mana
orang dengan sengaja melakukan liwat adalah bersalah atas suatu
kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman
denda tidak melebihi daripada lima ribu ringgit atau dipenjara
selama tempoh tidak melebihi tiga puluh enam bulan atau kedua-duanya
sekali.”
2. Seksyen
57 – Percubaan liwat
“Mana-mana
orang dengan sengaja cuba melakukan liwat adalah merupakan suatu
kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman
denda tidak melebihi daripada lima ribu ringgit atau dipenjara
selama tempoh tidak melebihi tiga puluh enam bulan atau kedua- duanya
sekali.”
3. Seksyen
58 – Perhubungan jenis luar tabii
“Sesiapa
yang mengadakan perhubungan jenis dengan mana-mana lelaki, perempuan
atau binatang dengan cara berlawanan dengan tabii semulajadi
hendaklah dikenakan takzir dan apabila disabitkan kesalahan boleh
dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau
dipenjara selama tempoh tidak melebihi dari tiga puluh enam bulan
atau dirotan tidak melebihi enam kali rotan atau mana-mana gabungan
dari hukuman tersebut.”
4. Seksyen
59 – Musahaqah
“Mana-mana
seorang perempuan dengan sengaja melakukan musahaqah dengan seorang
perempuan yang lain adalah merupakan suatu kesalahan dan apabila
disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi
satu ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam
bulan atau kedua-duanya sekali.”
5. Seksyen
72 – Lelaki berlagak seperti perempuan
“Seseorang
lelaki yang memakai pakaian perempuan dan berlagak seperti perempuan
di mana- mana tempat awam tanpa alasan yang munasabah adalah
merupakan suatu kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan boleh
dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau
dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya
sekali.”
So,
kesimpulannya jangan kata undang-undang syariah tak ambik port pasal
LGBT ni...adios...
Langgan:
Catatan (Atom)