Selasa, 18 Jun 2013

Cerai di mulut suami

Terlajak perahu boleh diundur
Terlajak kata buruk padahnya

Demikianlah diumpamakan terhadap suami-suami yang terlalu mudah
melafazkan kata-kata yang berunsurkan perceraian terhadap isteri.

Malangnya ada sesetengah pasangan suami isteri mendiamkan peristiwa yang berlaku atas banyak alasan dan sebab antaranya:

     - takut jatuh cerai
     - tak tahu
     - pasangan/kawan/sepupu/imam cakap tak jatuh cerai
     - pasangan ugut
     - takut kena denda

Apa pun alasannya sekiranya kita ragu-ragu tentang lafaz cerai suami, salah satu pihak hendaklah melaporkan ke Pejabat Agama Islam atau ke Mahkamah Syariah.

Pihak yang layak mengesahkan sama ada lafaz cerai suami jatuh cerai atau tidak ialah Hakim Syarie Mahkamah Syariah bukannya ketua kampung, imam, mak ayah atau kawan yang berkelulusan tinggi agama.

Memang betul tak salah nak merujuk kepada sesiapa pun tetapi yang terakhir sekali perlu mendapat pengesahan Hakim Syarie Mahkamah Syariah. Itu yang undang-undang tetapkan. Terpulang lah nak ikut cakap siapa, tapi bila masalah timbul, kita lihat siapa yang nak bertanggungjawab.

Ada yang dah 5 tahun baru nak datang mengadu, alasan tak tahu. Bukan tak tahu tapi dah tak suka, minta cerai tak dapat, benda dah lupa pun ingat semula hehehe...

Apa-apa pun sedikit maklumat tentang lafaz cerai. Ada dua jenis pertama lafaz secara jelas (soreh) bermaksud lafaz yang  tak perlu nak tafsir perkataan yang digunakan contohnya guna perkataan 'talak' atau 'cerai' dan niat suami tak diambil kira. Kedua lafaz tak jelas (kinayah) bermaksud lafaz yang memerlukan tafsiran lanjut tentang makna perkataan yang digunakan, contoh 'kau balik rumah mak kau' atau 'hubugan kita terpisah' dan niat suami diambil kira.

Oleh itu para suami jaga dan kawal kata-kata anda. Anda mempunyai hak talak, lupakannya selagi boleh.

36 ulasan:

  1. Kalau kita terdetik cerai dalam hati macamana pula tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. selagi tak lafaz takpe...hati menangis sape tau...

      Padam
    2. Terus jatuh cerai.

      Padam
  2. Salam,

    -Saya ada soalan berkenaan faraq nikah.
    -Seorang wanita memeluk Islam pada 1.1.2012 manakala suaminya masih dalam agama asalnya sehingga kini.
    -Kemudian wanita tersebut akan memohon faraq nikah di mahkamah syariah.

    Soalan saya,

    -Sekiranya mereka difaraqkan, edah wanita itu akan dikira bermula bila?pada tarikh dia masuk Islam kah?atau pada tarikh mahkamah memfaraqkan pernikahan tersebut?

    BalasPadam
  3. Eddah wanita tersebut dikira daripada dia masuk Islam. Sama dengan pengesahan lafaz cerai di luar Mahkamah. Eddah dikira bermula daripada suami lafaz, bukan semasa Hakim mensabitkan cerai.

    BalasPadam
  4. suami akk pernah ckp,kalau nk cerai,cerai lah...jtuh talak x yer...

    BalasPadam
  5. Dalam situasi akak ini, perlu dilihat sebab suami bercakap begitu. Lafaz tersebut boleh ditafsirkan pelbagai makna dan perlu melihat kepada situasi ketika lafaz tersebut dibuat...mungkin kata-kata tersebut satu cabaran kepada akak untuk cari jalan sendiri untuk bercerai atau satu lafaz tafwid (penyerahan) kepada akak untuk menceraikan diri sendiri sebagaimana dibahaskan dalam kitab Fiqh Sunnah Jilid 4 m/s 386 (As-sayyid Sabiq). Seeloknya akak hadir ke Mahkamah Syariah untuk pengesahan lanjut..

    BalasPadam
  6. kalau LAFAZ SORIH dalam situasi di bawah ni boleh jatuh TALAK tak : Pada suatu malam, saya dan suami sedang menonton TV cerita lawak bersama dua orang anak kami. Cerita dalam TV tersebut memaparkan tentang seorang lelaki yang sedang untuk melafazkan cerai kepada isterinya tetapi belum melafazkannya lagi hanya baru menyebut nama isterinya. Semasa kami sedang menonton drama TV tersebut, tiba-tiba ibu suami saya datang dan terus bertanya kepada suami saya kenapa dengan drama TV ini? suami pun berkata dia kena cerai, dia nak ceraikan isteri dia. kemudian ibu suami terus masuk ke dalam bilik. Kemudian secara tiba-tiba suami terus kata aku ceraikan kau. Dalam situasi ini, lafaz cerai tersebut tidak ditujukan kepada saya (isteri ) kerana saya sangat pasti suami melafazkan ke arah tv dan tidak memandang saya walaupun saya ada di belakang sebelah kanan suami. Semasa suami melafazkan cerai tersebut, muka dan tubuh badannya menghadap televisyen dan suami tidak memandang ke arah saya (isteri) Soalan :
    1. Adakah talak itu jatuh terhadap saya (isteri)
    2. Saya ada bertanya kpd suami mengenai lafaz tersebut dan suami berkata lafaz tersebut TIDAK DITUJUKAN KEPADA AWAK (isteri ).. abg (suami) tujukan kpd orang dlm TV tu ( hantu perempuan yg kahwin dgn manusia lelaki )
    3. Apa pandangan ustaz mengenai masalah dan situasi saya ini?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dalam kes ini, rukun-rukun asas perceraian telah dipenuhi iaitu suami, isteri dan lafaz cerai. cuma isu yang timbul ialah lafaz tidak ditujukan kepada isteri sebaiknya mendapatkan pengesahan mahkamah syariah kerana perlu pengakuan bersumpah daripada suami....

      Padam
    2. Tetapi suami sudah menjelaskan hal tersebut kepada saya,suami memang tidak tujukan kafaz cerai tersebut kepada saya,cuma katanya, dia lafaz kearah tv,kearah drama tv..
      Saya telah bertanya hal ni ke pejabat agama tetapi mereka minta saya pergi ke mahkamah...
      Saya ada membuat panggilan ke mahkamah syariah dan bertanyakan hal tersebut,pegawai yg bertugas dimahkamah tersebut menyatakan yg talak tidak jatuh..
      Saya ada mengajak suami utk ke mahkamah,tapi suami marah

      Padam
    3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
    4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
    5. Walaupun pegawai di Mahkamah menyatakan talak tidak jatuh, puan masih lagi boleh mendaftar pengesahan cerai untuk dapatkan keputusan muktamad dari Hakim supaya tiada lagi keraguan timbul. soal suami mahu hadir atau tidak perlulah dijelaskan secara berhikmah supaya suami faham tujuan tersebut...

      Padam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. Assalammualaikom..saya nk brtanya..sy lafaz cerai dlm keadaan marah yg sy tak ingat apa kata2 sy...sebelum tu kami brgaduh dan isteri minta cerai..ada saksi ibu dan adik sy...masa sy lafaz tu ibu dan adik dengar...lps sy dah reda marah tu..sy tnya blk balik..masa sy lafaz tu..talak berapa..mereka jawap talak 2...sy tnya lg ibu atau adk dengar ape lg yg sy ckap..mereka cakap sy lafaz mcm ni " kalau nk sgt cerai..aku ceraikan kau talak 2 "..niat lafaz tu dlm keadaan marah dan tiada niat utk bercerai pon...persoalannya...adakah jatuh talak 2 dekat isteri?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam w.b.t... apabila melibatkan marah terdapat beberapa peringkat marah yang akan dikenalpasti oleh Hakim antaranya marah yang tidak sampai hilang akal dan marah yang sampai hilang akal. Hakim akan memanggil saksi-saksi kejadian untuk menilai situasi tersebut. Saya sarankan terus ke Mahkakamh Syariah terdekat untuk pendaftaran pengesahan cerai tersebut...

      Padam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  10. Kalau suami cakap "aku nak bercerai dgn ko".. Adakah jatuh talak? Cakap dlam keadaan marah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  11. Assalam nak tanya, kalau keluar dari mulut seorang suami dgn mengatakan "kami nak bercerai" adakah jatuH talak. percakapan dengan kawannya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  12. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  13. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  14. Jika suami cakap perkataan cerai sahaja adakah sudah jatuh talak?sebab malam tu sy bergaduh dengan suami..lepas tu suami cakap ce dan r.a.i dieja..adakah jatuh talak ke atas saya..bila saya tanya suami balik suami cakap tak ada niat pun nak cerai..

    BalasPadam
  15. Assalaamu'alaikum..
    Sya mau bertanya kalau suami ckap kamu asik minta cerai saja, ni dah jatuh talak belum

    BalasPadam
  16. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  17. Assalamualaikum. Sy ingin bertanya. Baru2 ni sy ada bergaduh dengan isteri sy dlm whatsapp dan sy kata pada dia dlm keadaan tgh mrh "aku takkan mesej kau lagi lepasni,nak cerai pun cerailah. Adakah talak jatuh? Mohon pencerahan

    BalasPadam
  18. Waalaikumussalam wbt. lafaz cerai melalui sms (whatsapp) dikategorikan sebagai lafaz cerai melalui tulisan. Lafaz tersebut dimasukkan di bwh talak jenis kinayah (tidak langsung) yang memerlukan kepada niat pelafaz. seeloknya hadir ke pejabat agama atau Mahkamah Syariah berdekatan untuk pengesahan.

    BalasPadam
  19. Asalammualaikum…nak bertanya…awal September 2018..isteri Saya nak balik kampung atas sebab yang tidak dpt dielakan…Masa tu Saya tegah bekerja..Saya benarkan..balik kerja jam 7 mlm..sampai dirumah..semua brg-brg keperluan isteri Dan anak-anak termasuk pakaian sudah tiada..yang tinggal cuma brg Saya…Saya call Tak diangkat..sampai Hari yg ketiga pon susah nak angkat…dgn perasaan marah Saya tertulis “kalau kau Tak angkat Aku cerai kan”..adakah jatuh talak…mohon pengesahan

    BalasPadam
  20. Assalammualaikum.. Jatuhkah talak brcerai melalui whatsapp?

    BalasPadam
  21. Assalamualaikum,saya nak bertanya tentang cerai yg tak berbunyi dri mulut..ketika itu saya dlm kedai runcit..saYa berkata dalam hati (aku cerai) tapi bukan saya suka2 nk cakap begitu..mcm lintasan hati...lps saya balik kedai ..ketika dlm tandas..hati saya mcm tertanya mcm mna sebut tadi...tiba2 keluar ayat( aku cerai kau) dlm hati berkata mcm tu tapi bukan dari mulut bukan lafaz ...ketika itu saya soarang diri...adakah jatuh talak ustaz...tolong bagi penjelasan..ni no 0176031090

    BalasPadam
  22. asalamualaikum saya nak bertanya kan soal cerai seandainye suami bercakap kalau kau nk cerai cerai lah.. tapi sebelum ia bercakap tu dia ada ceraikan saya melalui whatsap.. adakah talak itu jatuh

    BalasPadam
  23. Asslmkm nk tanya...klu suami ckp...klu blik kg jath talak...talak tu jatuh klu kita blk sorg ke berdua dgn dia.

    ...sebb suami kta klu blik kg jath talak

    BalasPadam
  24. Assalammualaikum...saya dan suami baru sampai ke rmh..masa kt parking kereta terus bunyi hndset saya sbb wifi rmh saya terpasang..saya pun terus ckp satu dialog yg bru saja saya baca dlm fb "saya mnta maaf encik sbb dh 3 bln saya guna wife encik..sebenarnya wifi bkn wife ..ejaan silap..terus suami menyampuk ckp aku cerai hang..kes naya kena cerai ..saya faham suami tujukan pd pasangan dlm fb tu..persoalan saya adakah jatuh talak atas saya..

    BalasPadam
  25. aasalam..saya nak tanya tentang masalah ini..sekiranya seseorang itu ketika gaduh dengan isteri dia mengeluarkan perkataan,kalau nak cerai,cerailah dan kalau kamu xmahu anak dalam perut tu,gugurkan saja..itu yang kamu mahukan..mohon diberi penerangan

    BalasPadam
  26. Sy nk Tanya kalau suami cerita dekat orng luar yg dia cakap dia dah cerai istri dia. Maka jatuh x talak

    BalasPadam