Bagi yang tidak biasa dengan Mahkamah, sudah pasti memerlukan masa untuk menyebut Plaintif dan Defendan. Usah risau pasal sebutan yang penting, pihak-pihak faham apa yang dimaksudkan dengan Plaintif dan Defendan.
Plaintif ialah istilah bagi pihak yang menuntut sesuatu di Mahkamah. Kadang-kadang disebut sebagai Pemohon dalam beberapa kes. Kebiasaannya orang yang mula-mula mendaftar kes di Mahkamah akan dipanggil Plaintif.
Defendan pula ialah istilah bagi pihak yang kena tuntut. Kadang-kadang disebut Responden dalam beberapa kes. Defendan boleh dianggap sebagai pihak yang bertanggungjawab ke atas tuntutan yang dikemukakan oleh Plaintif.
Sebagai contoh, jika seorang isteri ingin menuntut nafkah anak. Apabila mendaftar kes, isteri akan dinamakan sebagai Plaintif dan suami akan dinamakan sebagai Defendan.
Masalah sering timbul berkaitan Plaintif dan Defendan dalam soal perceraian. Para isteri takut untuk mendaftar kes di Mahkamah kerana menganggap apabila mendaftar seolah-olah dialah yang menjadi penyebab perceraian tersebut. Mereka juga menganggap dengan memohon perceraian di Mahkamah, hak-hak berkaitan selepas bercerai akan gugur.
Anggapan seperti ini perlu dihentikan kerana mendaftar kes di kaunter Mahkamah bukan menjadi kayu ukur siapa yang bersalah dalam kes tersebut dan bukan penyebab menggugurkan sesuatu hak. Adakah dengan memulakan kes dan menjadi Plaintif, hak nafkah isteri gugur? jawapannya sudah pastilah "tidak" kerana hanya Hakim mahkamah yang boleh mengesahkan sama ada hak gugur atau tidak.
Pendaftaran hanyalah suatu proses untuk memulakan kes supaya lebih teratur dan bersistematik. Usahlah kita dimomokkan dengan anggapan-anggapan yang tidak berasas. Mendaftar kes di Mahkamah menunjukkan kita memerlukan bantuan Hakim untuk menyelesaikan masalah yang timbul, tidak sekali-kali menunjukkan kitalah punca kepada permasalahan tersebut.
Salam....
BalasPadamPenulis ni peguam ke?
Maaf bertanya...
saya tertarik dgn tulisan anda...
teruskan menulis kerana byk info yg saya dapat drpd blog ini....
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadaminfo ini sgt berguna kpd semua..
BalasPadamInsya Allah...
Padamthankiu. doakan saya utk jawab business law selasa ni 😃
BalasPadamsaya.pelik.dgn kptusan hakim y mnjtuhkn talak tiga spnuhnye apabila suami mengakui talak kedua. Suami prnah brckp dgn ibunye maksd talaknya adalah satu..bukan la ucap utk kedua kalinye....ini kerana hnya dijalan kn dua kali dan dua kali rujuk.maka kefahaman lelaki hanya la satu y dimksudnye mengikut trutan...
BalasPadamAdab terhadap hakim ialah kita tidak boleh mengkritik keputusannya secara terbuka, namun kita boleh menggunakan saluran undang-undang jika tidak puas hati dengan keputusan hakim dengan membuat rayuan dalam masa 14 hari.
PadamAssalamualaikum. Saya ingin bertanya, jika disebut nama kes seperti A vs B. Bagaimana kita ingin mengetahui yang mana satu plaintif dan yang mana satu defendan?
BalasPadamWaalaikumussalam wbt. yang mengejar itu jantan, yang dikejar itulah betina. maaf gurau jer. Biasanya yang disebut mula2 tu Plaintif dan yang akhir Defendan. A= Plaintif. B= Defendan.
PadamMaaf bertanya. Kalau perempuan(plaintif) yang menuntut cerai di mahkamah dan selepas habis iddah plaintif tadi terus kawin dengan lelaki lain, adakah itu juga di anggap defenden yang bermasalah?
BalasPadamSoal jodoh tidak harus dijadikan kayu ukur siapa yg bermasalah. kita hadir ke mahkamah utk selesaikan masalah dan tiada manusia yg sempurna. Apa yg penting buang yg keruh dan teruskan kehidupan...
PadamNak tanya kalau untuk permohonan wali hakim plaintifnya pemohon,then defendannya hakim ka?
BalasPadamkebiasaannya bila ada plaintif, maka ada defendan kerana melibatkan tuntutan hak kepada yang dituntut. Namun dalam hal permohonan, selalu berlaku tidak perlu kepada pihak lawan kerana kita mohon pada hakim untuk iktiraf atau sahkan atau benarkan atau luluskan dll sesuatu perkara. dalam hal wali hakim, kita mohon hakim benarkan nikah dgn wali hakim, tidak wujud pihak yg dituntut.
PadamSekiranya plantif mereka separuh jalan cerita & mempunyai saksi yg bersekongkol sehinggakan kelihatan 100% defendan la yg bersalah .. Apa yg harus defendan lakukan .. Sebenarnya mslh berpunca dri kedua belah pihak
BalasPadamdalam isu ini, kehadiran peguam yg berpengalaman semasa perbicaraan dapat mengelakkan perkara tersebut berlaku...biar peguam berbicara...
PadamAssalammualaikum..maaf Sye nk tnye Klau kite ceraikan isteri kite hak penjagaan akn dpt dkt kita atau bni??dan 1 lagi klau isteri kite Ade hantar watshp contoh ingin bunuh ank sndri ni boleh ke bwk naik makhmah untuk tntut hak penjagaan..sebb Sye ade screen shot..bnti2 yg isteri ugut bunuh ank2.thank you.
BalasPadamwaalaikumussalam wbt...
Padamtuntutan penjagaan anak atau hadhanah akan dibicarakan dalam satu sesi lain selepas bercerai...hakim akan tentukan siapa yang akan dpt hak tersebut selepas mendengar keterangan dua2 pihak.
berkenaan ugutan bunuh anak perlu dilaporkan secepat mungkin ke pihak polis sbb sedih kematian anak lebih teruk drpd sedih hilangnya hak jagaan anak...
Maaf saya ingin bertanya untuk isi borang faraq pernikahan sy dan suami..atas sebab perkahwinan yg lepas ialah wali tidak sah, jdi siapakah plaintif tersebut ? Pemohon untuk faraq nikah atau orang yg menjadi penyebab kes..mohon pencerahan..
BalasPadamDalam kes permohonan faraq nikah adalah jenis kes melalui permohonan dan afidavit, maka biasanya puan dan suami akan jadi pemohon I dan pemohon II bukan Plaintif dan Defendan. Namun begitu, fakta yang jelas diperlukan untuk kenalpasti kedudukan kita dalam setiap permohonan yang dibuat...
PadamUntuk permohonan wali hakim, defendan tu perlu di isi maklumat bakal suami atau ibu atau dibiarkan kosong .... sy tidak berapa faham ayat dalam komen diatas
BalasPadamAssalamualaikum Tuan.
BalasPadamSoalan saya, bolehkah plaintif mendedahkan kertas pendakwaan atau pertuduhan, diluar mahkamah dengan mengedar atau mengizinkan orang lain membacanya..